DRAMA KOREA - RADIO ROMANCE

By UDA80 - Mac 07, 2018

Assalamualaikum...

Akak sekarang ni tengah layan drama korea - Radio Romance, bersiaran setiap hari Selasa dan Rabu...

Katanya ada 16 episod....


Akak layan dekat http://myasiantv.se

Sekarang ni dah pun bersiaran 12 episod, ada berbaki lagi 4 episod..

Rasa tak sabar pulak dengan cerita ni...nak tahu kesudahannya dan nak habiskan cepat-cepat  agar akak boleh buat kerja dengan tenangnya...

Drama korea ni bahaya kalau dah tertengok/terlayan...

Akak ni, bukanlah peminat fanatik drama korea pun macam tu jugak drama melayu ni....tapi kalau sesuatu cerita boleh pergi dengan jiwa akak maka akak akan layanlah sampai habis tapi kalau cerita tu tak boleh pergi dengan jiwa akak memang akak takkan layan punya walaupun orang kata cerita tu best....


Ini sinopsis drama ni...

Song Geu-Rim (Kim So-Hyun) bekerja sebagai penolong penulis program radio. Ibunya menjadi buta ketika Song Geu-Rim berusia 14 tahun. Selepas itu, dia selalu mendengar radio dengan ibunya. Ini membuatkan Song Geu-Rim ingin menjadi penulis program radio, tetapi dia tidak begitu berbakat untuk menulisnya. Program radio, DJnya (U-Kwon) tiba-tiba meninggalkan Korea dan Song Geu-Rim kehilangan pekerjaannya di stesen penyiaran radio. 

Sementara itu, PD Lee Gang (Yoon Park) kembali ke Korea dari India. Kadang-kadang dia bertindak gila, tetapi dia pada umumnya sangat bagus dalam tugasnya. Lee Gang mencadangkan Song Geu-Rim bahawa jika dia boleh membawa Ji Soo-Ho (Yoon Doo-Joon) sebagai DJ program radio baru, dia boleh bekerja sebagai penulis utama program radio mereka. 

Ji Soo-Ho adalah seorang pelakon terkenal. Dia dan ibu bapanya kelihatan gembira, tetapi sebenarnya mereka hanyalah berlakon sebagai keluarga yang bahagia. Ji Soo-Ho menderita dari kemurungan dan dia tidak boleh tidur tanpa mengambil pil tidur.

Song Geu-Rim terus menghampiri Ji Soo-Ho untuk menjadi DJnya, tetapi dia enggan. Dengan pendekatan bersemangat dan tulen Song Geu-Rim, Ji Soo-Ho akhirnya terima.


Sekian....

Akak Yang Menulis,

Fizah Mohd

  • Share:

You Might Also Like

0 comments