WARNA-WARNA KAD PENGENALAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

By UDA80 - Februari 25, 2021


Assalamualaikum & Salam Sejahtera sebagai pembuka bicara..


Korang tahu tak????
Kad pengenalan kita ni ada 4 warna iaitu warna biru, merah jambu, merah dan hijau.
Warna-warna ni membezakan taraf kewarganegaraan kita.


1) WARNA BIRU


Pemegang kad pengenalan biru adalah berstatus Wargenagara Malaysia.

Kad pengenalan berwarna biru ini dikenali sebagai MyKad.

MyKad telah dilancarkan secara rasmi pada September 2001.

Mykad ini mengandungi maklumat seperti nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama. maklumat ini ada terpapar dibahagian hadapan kad. 

Mykad ini juga turut dikenali sebagai kad pintar pelbagai guna kerajaan (KPPK). Kad ini mempunyai satu cip mikropemproses dan ingatan EEPROM 32K/64K yang berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi didalamnya seperti maklumat biometrik (cap jari / imbasan iris), lesen memandu, PKI, MEPS, touch'n'go, kad ATM, maklumat kesihatan serta maklumat passport.

Mykad adalah WAJIB bagi semua warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas.

Nombor pengenalan Mykad adalah 12 digit, gabungan 6 digit nombor tarikh lahir (hari, bulan dan tahun), 2 digit kod negeri kelahiran dan 4 digit nombor siri yang dijana secara rawak oleh komputer.

Kelayakan pemegang kad berwarna biru ni mestilah seseorang yang mempunyai sijil kelahiran / sijil anak angkat / sijil warganegara / pengesahan taraf kewarganegaraan / borang kewarganegaraan / lampiran A (JAKOA)



2) WARNA MERAH JAMBU


Pemegang kad bewarna merah jambu adalah kanak-kanak yang lahir di Malaysia.

Kad ini dikenali sebagai Mykid.

MyKid diperkenalkan mulai 1 Januari 2005. 

Tujuan kad ini diperkenalkan ada sebagai ganti sijil kelahiran. 

Nombor pengenalan Mykid ini akan terus digunakan dalam Mykad.



3) WARNA MERAH



Pemegang kad pengenalan warna merah adalah pemastautin tetap tetapi berstatus Bukan Warganegara.

Kad pengenalan berwarna merah ini dikenali sebagai MyPR yang telah diperkenalkan pada 1 jun 2006.

MyPR adalah singkatan kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu 'Permanent Resident'.

MyPR ini mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad, namun dibahagian belakang kad tercatit negara asal pemegang kad.

Nombor kad pengenalan MyPR ini juga adalah sama seperti Mykad iaitu 12 digit. Manakala kod negeri kelahiran adalah 71 yang mewakili luar negeri atau negara.

Kelayakan pemegang kad ini adalah berdasarkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia.



4) WARNA HIJAU


Manakala pemegang kad berwarna hijau adalah Kad pengenalan pemastautin sementara berstatus Bukan Warganegara.

Kad pengenalan bewarna hijau ini dikenali sebagai MyKas.

MyKas pula telah dilancarkan pada 20 April 2010.

Ia dikeluarkan kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan dan tempoh sahlaku adalah 5 tahun sahaja dan ia juga perlu diperbaharui.



Sekian, terima kasih...

Semoga apa yang kongsikan memberi manfaat bersama....

#Sumber & foto : google



  • Share:

You Might Also Like

1 comments