Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Jom join segmen daripada Mialiana.com (klik banner pun boleh 😍)
Segmen ini akan tamat pada 27 Julai 2020..
2 pemenang akan dipilih sebagai penghias bloglist Mialiana.com sehingga akhir tahun ini..
Assalamualaikum.....
Akak nak cerita sikit pasal pengalaman akak menginap di The Platinum Hotel & Suites di Melaka.
Akak menginap di sini tahun lepas Dec 2019..
Percutian kami yang tidak dirancang...
Tujuan kami ke Melaka hanyalah untuk memenuhi jemputan kenduri teman sepejabat suami di Melaka.
Dah alang-alang ke Melaka...apa salahnya ambil peluang sambil bercuti...
Kami booking hotel ni pun last minit...melalui Agoda.com
Alhamdulillah...berbaloi-baloi...
Bilik kat hotel ni akak nak bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 sangat luas, selesa sangat-sangat.
Bilik dia lebih kepada posisi memanjang...
Anak dara yang terlebih excited... Kemas kasut...selipar.. |
bergambar sebelum Check-out
Ruang...akak letak tilam tambahan (akak bw toto sendiri) Anak ramai...semua nak tidur atas katil mana muat. |
Ruang Menonton |
Wardrobe...
Penunjuk arah kiblat |
Bilik Air... |
Swimming pool ada 2...
bahagian dalam
Bahagian Luar Anak-anaklah orang yang paling gembira bila menginap di hotel... Akak pun tak tahu apa yang buat diorang gembira... Antara hotel dengan rumah... Bagi akak... Rumahlah tempat yang paling selesa... Semua ada walaupun rumah tidaklah besar mana... Alhamdulillah masih ada kesempurnaan... Tidaklah kaya tidaklah miskin tetapi bolehlah..... untuk beri mereka kesenangan.. untuk beri mereka kegembiraan.. untuk beri mereka kebahagiaan... Alhamdulillah.... Cuma sedikit kecewa sewaktu hendak membuat PENDAFTARAN CHECK-IN... Yang terpaksa mengambil masa TERRRRLALU LAMA... Sampaikan ruang daftar tu dah sesak dengan tetamu... Kena pulak berbaris panjang... Dahle 2 kaunter je yang buka... 1 lagi kaunter ada masalah sistem... Waktu daftar pulak kena tepat waktunya... Tidak boleh diawalkan... Bagi akak apa salahnya daftar dahulu dan bagi kunci kemudian... Semoga ada perubahan daripada pihak hotel untuk memperbaikinya.. BREAKFAST akak tak boleh nak bagi bintang sebab akak menginap di mana-mana hotel jarang nak ambil breakfast. Tak berbaloi untuk anak yang ramai... Selalunya pakej bilik hotel hanya menyediakan breakfast untuk 2 orang sahaja.. PARKING...terletak dibahagian basement... Ada banyak ruang parking....jangan risau. Akak kongsi sedikit INFO hotel ni... Hotel ni terletak di Jalan Baiduri 1, Taman Pulau Melaka, 75000, Malacca Hotel ni berdekatan dengan Masjid Selat Melaka... Tak jauh mana..jalan kaki pun boleh kalau taknak driver... Cuma nak bagitau masa akak menginap di sini kawasan persekitaran hotel ni masih dalam pembinaan... Ada bangunan yang masih dalam pembinaan... Oklah setakat ini jelah akak membebel... Next akak review hotel lain pulak 👌.. Terima kasih...sudi membaca coretan akak... Akak Yang Menulis, Fizah Mohd |
Assalamualaikum.....
Percutian yang tidak dirancang... |
Alang-alang balik kampong, adik ipar ajak suami pergi kuantan...
Akak mengikut je...pantang diajak...
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal hahahah...
Anak-anaklah yang paling seronok...
Macam anak ayam baru keluar dari reban hahahaha....
3 bulan tak keluar rumah...kau...
COVID-19 punya pasal...
Pertama kali akak ke sini...
Dan akak tak tahu pun tempat ni wujud di Kuantan...
Apa yang akak tahu, kat Kuantan ni hanya lah ada Pantai Teluk Cempadak, Pantai Batu Hitam dan Pantai Balok je...
Hahahahaha😂😂😂....
Sebab itu je tempat yang suami akak selalu bawa anak-anak jalan kalau kami ke Kuantan...
Apooo lah akak ni...
Akak ada rasa keberanian sedikit untuk lepaskan anak-anak mandi pantai...
Sebab kat sini pantai dia landai dan sesuai untuk mandi...
Hari akak datang sini....
Ya Allah ramainya orang.....
Masing-masing macam baru terlepas dari kurungan...
Susah betul nak tangkap gambar ketam...
mencicit laju je dia bergerak...
Masing -masing dah penat mandi pantai...
Kitorang singgah sat...isi perut kosong...
Dekat kedai tepi jalan...
Perjalanan balik ke rumah mak mertua di Kg Bukit Lada, Chenor...
Nama kedai ni kedai ZAM...
Ada mee kari...
Ada goreng pisang,
Ada keropok lekor,
Ada kuih,
Ada ABC,
Ada cendol....
Ada macam-macam lah...
Sekian...
Akak Yang Menulis,
Fizah Mohd
Resepi yang asyik dok lalu dalam wall FB musim PKP...
Betul-betul menguji...sedapnya😋😋
foto: Google Image |
Akhirnya akak ambil keputusan nak buat jugak..
Alhamdulillah berselera....
Sedap 😋😋 bertambah-tambah makan nasi...
Resepi akak rujuk SINI
BAHAN-BAHAN:
Seekor ikan siakap ( cuci bersih )
Setengah genggam cili padi yang merah - Akak guna 3,4 ulas je...tak boleh pedas2 nanti anak akak tak tahan pedas.
3 cili hidup merah - Akak guna 1 cili merah je
Belacan 1/2 inci - Akak tak guna sebab keluarga akak alergik dengan belacan
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 4 ulas
Kunyit hidup
Nota: Semua bahan 👆 dikisar halus kecuali Ikan siakap ya 😊
Asam jawa sesudu besar - Akak guna jus limau nipis je...
Gula merah 1/2 keping - Akak guna nise kelate je
Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kangkung seikat.
CARA - CARA MEMASAK:
Rebus semua bahan kisar dan masukkan asam,garam dan serbuk perasa.
Bila mengelegak masukkan ikan biar seketika sebelum masukkan sayur kangkung.
Untuk memastikan keaslian masakan Thai, jangan letak daun kesom atau bunga kantan, dan masukkan gula melaka atau gula siam Thailand sahaja. 👈 pesanan dari resepi yang akak rujuk tu...
Tada....ini hidangan akak yang dah siap masak 👇...
Dalam periuk atas api...
Dalam mangkuk terhidang atas meja...
Sekian....akak yang menulis,
Fizah Mohd
Agar-agar pemanis mulut yang sangat digemari anak-anak...
Hikmah PKP....resepi ke-2 akak yang semakin menjadi...
Kalau sebelum ni kejadiannya tidak secantik ini....
Hasil daripada penggunaan bahan yang sama tapi cara yang berbeza...
Alhamdulillah 😊 ......
Resepinya akak rujuk kat SINI. Mudah dan senang nak faham...
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar tali (20gm atau 25gm)
5 cawan air
1 cawan gula pasir - ini akak kurangkan sedikit sebab akak tak suka manis sangat...akak hanya gunakan 1 1/2 senduk sahaja
1 cawan santan - ini akak guna santan kotak 200ml
Secubit garam
1 Cawan pati pandan - yang ini akak hanya ambil 2 helai daun pandan dan simpulkan sahaja.
Sedikit pewarna hijau
1 biji telur
CARA PENYEDIAAN:
1. Ambil loyang dan masukkan dalam peti ais bahagian beku selama 10 minit.
2. Satukan santan, garam dan telur dalam satu bekas, kacau perlahan-lahan sampai telur sebati dengan santan (jangan guna blender). Ketepikan.
3. Dalam bekas yang lain, campurkan agar-agar, daun pandan, air dan gula. Masak sehingga agar-agar dan gula larut. Lepas tu masukkan sedikit pawarna hijau. Biarkan sehingga mendidih.
4. Bila agar2 dan gula dah larut, masukkan campuran santan tadi. Kacau hingga betul-betul mendidih sekali lagi dan padamkan api.
5. Tuangkan aduan ke dalam bekas loyang, sejukkan ia dibawah kipas. Kalau korang nak cepat keras, boleh masukkan ke dalam peti ais tapi pastikan dulu agar-agar dah tak panas. Letak dibahagian bawah peti ais...biarkan seketika sehingga keras.
6. Bila dah keras, keluarkan dari peti ais lepas tu potong kecil-kecil....siap untuk dihidang.
Setiap kali akak buat agar-agar ni tak sampai setengah jam dah habis...
Anak-anak memang suka..
Suka sangat-sangat.
Yang Menulis,
Fizah Mohd