BERCUTI DEKAT KINRARA RESORT JE.....

By UDA80 - Februari 23, 2018

Assalamualaikum...

Apa macam cuti Chinese New Year korang tahun ni?
Seronok? Puas hati? Ada yang tambah cuti lagi ke?
Ada yang stress makan jem? Hahahahaha....
Itu sudah biasa kan?
Akak tahun ni, tak mau mengadap jem...
Balik kampong pun idak...malas!!
Kali ni, akak cuti-cuti kat selangor je....
Malas nak pi jauh-jauh...
Kinrara Resort Puchong jadi pilihan akak sekeluarga...
Akak menginap kat sini 2 hari 1 malam...
Berbaloi-baloi dah rasanya....anak-anak pun happy...
So, apa lagi akak nak???
Akak nak cerita dengan korang...
Pasal Kinrara Resort je...


Mula-mula akak nak bagitau yang Kinrara Resort ni terletaknya dekat Bandar Kinrara Puchong bersebelahan dengan Kinrara Club Golf dan berhadapan dengan Ibu Pejabat Balai Polis Serdang dan ia juga turut dikatakan resort yang terbaik di sekitar kawasan Puchong (ini akak baca dalam website dialah). Lagipun resort ni tak jauh pun dari rumah akak...dalam ½ jam dah sampai.

Kenapa resort ni jadi pilihan akak kali ni...antara sebabnya:-

1)  Jiran-jiran akaklah...diorang asyik dok post dalam FB, dalam IG yang diorang dah menginap kat sini...itu yang buat akak teruja. Ada yang kata best...ada yang kata OKlah...ada yang kata ENTAHlah macam tak best pun. So, akak pikir, apa kata akak merasa sendiri BEST ke idak OK ke idak.
2)  Adanya kolam untuk kanak-kanak. Anak-anak akak ni dah lama teringin nak mandi kolam. Kali terakhir diorang mandi kolam tahun lepas dekat hotel Primula Kuala Terengganu.
3)    Tahun ni akak rasa takde mood nak pi cuti jauh-jauh...tak mau makan jem.

Ok ini pulak pendapat akak mengenai resort ni....

1st akak sampai kat resort ni...takdelah teruja mana pun, bagi akak biasa-biasa je cuma anak-anak teruja yang amat sangat sebab diorang dah nampak kolam renang.



2nd bila akak sampai kaunter nak daftar masuk, Alhamdulillah...peramah budak kaunternya. Oklah sebab itu etika kerja diorangkan, senyum....bagi salam. Mula-mula kami diberi pilihan nak bilik 2 single bed atau 1 queen bed dengan alasan bilik yg kitorang booking tu tak siap lagi kemasnya dan bilik yang kami booking tu tingkat atas. So, ada percanggahan pendapat sikitlah dengan encik suami dan ambil keputusan nak tengok dulu bilik yang tingkat bawah. Bila tengok je bilik yang ground floor ni, emmm macam tak berkenan je sebabnya tak mengadap pool, mengadap ke belakang....macam tersorok je biliknya...rasa macam tak teruja je huhuhu...so, pi kaunter balik minta tukar bilik yang kami booking je....tingkat atas pun tingkat ataslah yang penting nak bilik yang mengadap pool. Alhamdulillah dapat tukar. Walaupun ambil masa yang lama. Terima kasih atas layanan dan kerjasama yang diberikan.


3rd ok settle dekat kaunter. Dapat dah kunci....jom masuk bilik pulak. Akak dapat bilik dekat blok Harum....no.bilik H-F001(kalau tak silap gitulah dia). Dan inilah bilik yang akak dapatnya. 1 malam rm225.80 (termasuk breakfast 2 orang) bilik standard room.....akak booking melalui agoda.com.


  


ini pemandangan dari bilik akak...



senang je akak control anak dari atas 
(sebenarnya bapak dia ada je kat bawah tu tengok-tengokkan anaknya..)


4th Akak suka bahagian...ruang mandi, tandas dan sinki. Diorang asingkan....ini pertama kali jumpa.
Senang nak buat kerja kalau sorang nak mandi, sorang nak basuh muka, sorang nak membuang...
tak perlu nak tunggu menunggu giliran...



Paras air dalam kolam kanak-kanak...
is oklah...tapi tetap perlukan pantau ibubapa...
Jangan biarkan anak-anak anda bermain sendirian...

 

 walaupun airnya cetek, anak akak beria bebenor bawa pelampungnya...
sebab dah lama dia teringin nak mandi kolam guna pelampung...
aduhai anak anak...


Ini pulak kolam dewasa...tapi akak tak masuk pun...
akak malas berenang sebab akak tak pandai berenang...
anak akak yang kecil ni je...datang melawat kawasan sebelum pergi breakfast...



5th bab breakfast pulak (gambar takde ya...sebab akak takde masa nak ambil gambar bila suami ambil makanan akak kena jaga anak) bagi akak OKlah takdelah teruk sangat kira Alhamdulillah lah itu rezeki kami hari tu.

Opssst...ini yang ke-6 akak suka. Bab berniaga aiskrim 1 malaysia bunyi kling...kling...kling...hahahaha....hebat marketing ya. Bukan setakat aiskrim.....menu lain pun diorang ada jual tepi kolam tapi harga tu...macam emmmm...biasalah harga standard resort/hotel mahal jugalah kiranya.

Pendapat akak kira oklah menginap disini....cuma 


Akak rasa bahagian tepi kolam ni macam tak sesuai je...
Akak tengok anak akak lalu atas laluan ni macam seriau je...
takut tersalah langkah tersempit kaki kecil dia tak ke naya...
Akak bagi cadanganlah supaya pihak resort patut pikirkan untuk gantikan ia dengan benda yang lebih selamat...
budak-budak ni...bukan diorang tahu nak berhati-hati pun.


Yang Menulis,

Fizah Mohd 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments