ANTABAX KRIM MANDIAN YANG TIDAK MELEKIT
By UDA80 - Ogos 01, 2020
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Akak nak kongsi sikit dengan korang semua...
Ini bukan iklan berbayar ya...
ini adalah berdasarkan pengalaman akak sendiri...
Akak suka sangat dengan Sabun Mandian Krim Antabax ni...
Jenis yang tak melekit...
Bukan setakat tak melekit je...
Bau pun wangi...
Lembut gitu...
Buih pun banyak..
Anak-anak pun suka pakai...
Suami akak yang tak suka sabun jenis krim pun tersuka...
Sekarang ni dia dah jarang guna sabun buku...
Akak lagi-lagilah suka apatah lagi ada perkataan FREE 50% tu 😊😊😊
Kalau sebelum ni...bermacam-macam jenis jenama akak guna...
dari jenama yang terkenal hinggalah jenama yang tak terkenal...
Semuanya jenis yang melekit...tak selesa,
rasa macam sabun masih ada dibadan walaupun dah berkali-kali siram air..
Lepas tu buih pun kurang...
Apa yang akak faham pasal Sabun Mandian Krim Antabax ni adalah sejenis sabun yang boleh membersih dan menghilangkan 99.9% kuman untuk memberi perlindungan antibakteria kepada pengguna selama 24 jam. Diuji secara dermatologi agar lembut pada kulit, formulasinya dilengkapi dengan pati dan bahan khas tambahan, termasuk sifat anti-oksidan dan anti-radang Vitamin C dan E, serta kesan meremajakan sel dari Vitamin B Kompleks penting (B3, B5 & B6). Ia juga diformulasikan khas dengan Derma Protect-System, formula pelembap canggih yang mengandungi Serum Kelembapan Mikro untuk menjadikan kulit lebih lembut, licin dan sihat.
Dan Sabun Mandian Krim ANTABAX ni ada 8 varian antaranya COOL, FRESH, NATURE, PROTECT, ACTIVE DEO, SENSITIVE, PINE dan GENTLE CARE. Yang akak selalu beli adalah GENTLE CARE, ACTIVE DEO dan FRESH dalam botol 650ml. Selain botol 650ml, ada juga dijual dalam botol 250ml dan dalam plastik isian semula 550ml.
Buat masa ni akak akan terus gunakan Sabun Mandian Krim ANTABAX sehinggalah akak jumpa Sabun Mandian Krim yang lebih baik daripada ANTABAX ni.
Sekian, daripada Akak yang Menulis,
Fizah Mohd
0 comments