DRAMA KOREA : CALL ME MOTHER / MOTHER

By UDA80 - Mac 01, 2021


Dah lama sis tinggalkan drama korea.
Korang pun tahukan, bila tonton je drama korea ni..akan ketagih 😄😄😅 tak boleh tinggal.
Dahle episod dia panjang...
Itu kadang...sis kalau nak tengok, mesti tengok dulu episod dia berapa...
Kalau panjang jangan dilayan, kalau tidak mampus...semua kerja tak jadi.


Tapi kali ni sis gagal....
Sebab asyik tertengok je iklan pasal cerita ni dekat TV3...
Akhirnya sis ambil masa dua hari untuk habiskan cerita ni 😆😅
Hahahaha...nasib baik kerja rumah jalan..


Geram betul dengan mak kandung Hye Na ni..
Hantu punya mak kandung macam ni...





Episod sedih 😭😭...
Keluar gaklah airmata sis...


Terkenan pulak dengan watak lelaki ni tapi tu lah...
drama ni bukan berkisarkan kisah cinta-cinta...
Ini kisah anak dengan mak...
atau lebih tepat kisah mak dengan anak angkat...

Drama yang sesuai ditonton bersama anak-anak..
Takdenya bab-bab kis2 ni...
So, direkomenkanlah untuk korang tonton bersama keluarga :)

Drama ni berkisarkan cerita tentang seorang wanita muda bernama Soo Jin (Lee Bo Young) berhati dingin yang hanya berminat untuk mengkaji tentang burung sahaja. Dia tidak menyukai kanak-kanak. Seminggu sebelum dia berpindah ke Iceland untuk mengkaji tentang burung, dia mengambil keputusan untuk menjadi guru sementara di sekolah rendah. Seorang gadis yang bernama Hye Na (Heo Yool) telah menarik perhatiannya dan dia mula risau bila melihat kanak-kanak itu seperti tidak dijaga oleh keluarganya. Sebelum Soo jin berhenti sekolah, dia telah pergi ke rumah Hye Na untuk mengucapkan selamat tinggal tetapi sesuatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dirumah itu. Maka bermulalah kisah mereka berdua. 

Nak sis ceritakan selanjutnya tak seronok kan? 
Baik korang tengok sendiri...
Sis tengok dekat VIU je..

Selain Lee Bo Young dan Heo Yool, ada pelakon lain juga yang terlibat antaranya Lee Hye Young, Ko Sung Hee, Lee Jae Yoon, Kim Young Jae, Son Seok Koo, Jo Han Chul, Jeon Hye Jin, Ko Bo Gyeol, Lee Jung Yeol dan lagilah..

Cerita ni dah lama tayang rupanya..tahun 2018 tak silap sis.

Katanya remark daripada cerita Jepun..

Setakat ni jelah sis kongsikan...








  • Share:

You Might Also Like

0 comments