BELI HUAWEI Y7a UNTUK KELAS ONLINE ANAK

By UDA80 - Mac 04, 2021

Semalam kempen 3.3 di Lazada dan shopee tapi Uda tak sempat nak beli apa-apa...
Kesibukan dengan mengurus hal sekolah anak yg darjah 1.
Baru aje Uda nak rasa lega...
Dan dan...anak sulong bagitau HP dia tak boleh on..
Off dalam keadaan tiba2...
Dia sekolah menengah...belum lagi belajar bersemuka dengan guru-guru..
So, terpaksalah ummi nya dapatkan phone baru...


Alahai!!!terkenanlah pulak dengan Huewai Y7a..
Ini ummi ke anak yang nak guna😀😂


Antara sebab Uda berkenan:




1. Harga Yang berpatutan - Hanya RM699.00 di lazada, harga asal RM799. Masih lagi dalam mood promosi walaupun kempen 3.3 dah tamat. 




2. Keupayaan Cas bateri dengan Pantas 22.5W - Dengan keupayaan ini, membolehkan pemilik HP ini menonton video selama 2 jam dan hanya 10 minit untuk pengisian semula bateri.



3. Kapasiti Bateri Sebesar 5,000 mAH - Dengan kapasiti 5,000mAH ini, HP Huawei Y7a mampu bertahan selama 38.2 jam untuk panggilan 4G dan 16.6 jam untuk tontonan video online.



4. Ruang Simpanan Yang Besar - 4GB + 128GB, selain itu ia juga boleh menyokong simpanan luar kad mikroSD sebesar 512GB.


5. Dilengkapi dengan kamera Qual Al yang menakjubkan untuk merakam kenangan terbaik pada waktu siang dan malam. Ia dilengkapi dengan 4 kamera belakang gabungan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8 MP F2.4, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Manakala dibahagian depan, disertakan dengan kamera 8MP F2.0 dengan rekaan berlubang dibahagian atas skrin.




6. Skrin besar 6.67 inci - Huawei Y7a memberikan paparan skrin besar dengan jelas dan terperinci.

Selain daripada di atas, sebenarnya banyak lagi kelebihan Huawei Y7a yang boleh korang dapatkan maklumatnya disini

Huawei Y7a ni, kalau tak silap baru aje dilancarkan tahun lepas dalam bulan Oktober macam tu.
Harga pun berpatutan...so, bolehlah untuk kegunaan kelas online anak.

Oklah setakat ini, sahaja untuk kali ini.
Sekian, terima kasih.. :)
























































MODEL NAME: HUAWEI Y7a
COLOR: Midnight Black, Crush Green, Blush Gold
DIMENSIONS: 165mm (H) x 76mm (W) x 9mm (D)
IN THE BOX: Handset, Earphone, Casing, Screen Protector, Charger, USB Cable, Quick Start Guide, Safety Information
ITEM WEIGHT: Approx. 206 g




  • Share:

You Might Also Like

0 comments