SINOPSIS 4 DRAMA QUEEN K-DRAMA YANG TAK AKAN MENYESAL KORANG TONTON

By UDA80 - April 19, 2021

1. Queen : Love and War



Drama berkisahkan tentang Kang Eun-gi (Jin Se-yeon) yang bakal menjadi Ratu Joseon tetapi pada hari perarakan perkahwinan mereka, Eun-gi dan Lee Kyung (Kim Min-kyu) telah di serang dan dipanah oleh pembunuh hingga mengakibatkan kematian mereka. 

Walaubagaimana, pada waktu malam selepas kejadian itu tanpa sebab yang diketahui, raja yang mati telah dibangkitkan oleh saudara kembar Kang Eun-gi, iaitu Kang Eun-bo (pembantu Ketua bomoh). Sementara itu keluarga raja di Istana masih lagi terkejut dengan berita tentang kemangkatan raja..

Manakala Menteri kiri Negara, Jo Heung-gyeon (Lee Jae-yong) dah mula mencari raja baru dengan melantik Putera Lee Jae-hwa (Do Sang-woo) sebagai pengganti. Setibanya di istana, mereka berdua terkejut bila mengetahui bahawa raja itu masih hidup. 

Sementara itu, bapa Kang Eun-gi (ratu yang mati), Kang Yi-soo (Lee Ki-young) dituduh mengkhianati negara (masalah politik istana) kerana menulis buku tentang 'theory of enlightenment and sentenced to death by hanging'. Manakala rakannya, Baek Ja-yong (Um Hyo-sup) yang menjaga Kang Eun-bo kemudiannya memberitahu identiti sebenar Eun-bo yang selama ini dicari oleh ayahnya. Apabila dia mengetahui tentang perkara yang sebenar, dia mula mencari keluarganya. Namun, sudah terlambat untuk Eun-bo kerana ayahnya telah dibawa ke tempat perlaksanaan hukum. Sebelum dia digantung, Kang Yi -soo dimaklumkan bahawa anak perempuannya Eun-bo sihat dan masih hidup. 

Selepas itu, Eun-bo mencari mayat adik kembarnya yang telah dibuang dan ditemui di kawasan kubur para pengkhianat Negara. Setelah kematian saudara kembarnya, Istana membuat pertandingan mencari permaisuri baru untuk Lee Kyung. Dengan rasa marah dan tekad untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan adik kembarnya, Eun-bo mengambil bahagian dalam pemilihan itu dengan menggunakan nama Hong-yeon, anak perempuan Gabenor Gyeong-gi Hong Ki-ho. 

Lee Kyung, setelah hidup semula telah mendapat kuasa dapat meramalkan perkara buruk yang akan berlaku terhadap Eun-bo dan dengan itu dia sentiasa dapat menyelamatkan Eun-bo dari kejahatan pihak yang tidak menyukainya. 

*****Sis betul-betul suka dengan hero heroin drama ni. 2, 3x sis ulang tonton....memang serasi mereka berdua. Handsomenya 😍😍 Kim Min-Kyu,...terus sis google drama lakonan Kim Min -Kyu😍😍😍


2. Queen for Seven Days



Apa yang sis baca, drama ni adalah berdasarkan kisah benar Ratu Dangyeong yang sangat tragis. isteri pertama Raja Jungjong dari Joseon (Korea). Kerana perebutan kuasa, dia kematian ayahnya dan kejatuhan takhtanya sendiri. Lebih menyedihkan lagi dia hanya menjadi permaisuri selama tujuh hari je.  Lepas tu dipisahkan pulak dengan suaminya, dijadikan kambing hitam oleh puak-puak yang gila kuasa, kena pulak hukuman atas perbuatan yang dia tak lakukan.

Sinopsis: Lee Yoong (Lee Dong Gun) telah dilantik menjadi raja menggantikan ayahnya. Lee Yoong kemudiannya dikenali sebagai Raya Yeon San. Dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Lee Yeok (Yeon Woo Jin). Dari wasiat ayahnya, Raja Yeon San harus menyerahkan takhtanya kepada sang adik apabila dia meningkat dewasa. Pekara ini telah menyebabkan raja Yeon San semakin membenci adiknya.

Bila dewasa, Lee Yeok telah berkahwin dengan Shin Chae Kyung (Park Min Young). Mereka kemudiannya dikenali sebagai Raja Jung Jong dan Ratu Dang Yeong. Namun sayangnya, takhta Ratu Dang Yeong hanya bertahan 7 hari sahaja, dia dijatuhkan takhta oleh pihak lawan politik yang ingin menguasai kerajaan. Dia juga turut dihalau keluar dari istana dan terpaksa berpisah dengan suaminya. Mesti pun begitu, Raja Jung Jong tidak pernah berhenti merindui isterinya. 

*****dari drama inilah sis nonton drama Marriage Not Dating lakonan Yeon Woo Jin....


3. Queen & I



Al kisahnya:

Kim Bung-do (Ji Hyun-Woo) adalah sarjana bangsawan dari tahun 1694, Dinasti Joseon. Kim Bung-Do adalah penyokong pengembalian Ratu In-Hyun yang telah digulingkan oleh gundik kerajaan Ratu Jang. Dengan menggunakan Jimat Misteri, dia merentasi waktu dan berakhir di Seoul, Korea Selatan pada tahun 2012. Sewaktu melakukan perjalanan ini, dia telah berselisih dengan Choi Hee-Jin.

Choi Hee -Jin (Yoo In-Na) adalah seorang pelakon yang kurang menonjol. Dia telah ditawarkan membawa watak sebagai Ratu In-Hyun dalam drama bersiri " New Jang Heebin". Dimana ia telah disangkakan Ratu In-Hyun yang sebenar oleh Kim Bung-do. Dan akhirnya mereka jatuh cinta.

*****secara akalnya memang tak terpikir yang kita manusia ni boleh merentasi waktu / zaman tetapi disebabkan drama kita terima jelah....
Drama korea ni memang banyak cerita tentang antara dua dimensi, dua zaman, dua dinasti, dua alam....tapi sis suka 😊😊

4. Mr. Queen



Cerita tentang Jang Bong-Hwan (Choi Jin-Hyuk) yang hidup di zaman moden. Dia adalah seorang tukang masak yang bekerja untuk ahli politik di rumah biru. Dia seorang yang mempunyai semangat bebas, entah pada suatu hari semangatnya telah memasuki tubuh Ratu Cheorin (Shin Hye-Sun) yang hidup di zaman Dinasti Joseon. 

Raja Cheoljong (Kim Jung-Hyun) adalah raja yang sedang bertahkta, seorang yang lemah lembut dan ramah. Namun, dia hanyalah raja di atas nama sahaja. Ratu Sunwon (Bea Jong-Ok), isteri mendiang Raja Sunjo, menggunakan kekuatan sebenar negara itu dengan menjatuhkan Raja Cheoljong dengan menjadikannya boneka sahaja.

Adiknya, Kim Jwa-Geun (Kim Tea-Woo) juga seorang yang bercita-cita tinggi...nak kuasa, nak jadi raja....

****cerita ni, sebenarnya sis belum tonton sepenuhnya....hanya tengok saringan sahaja. Next lah tonton, sis cuba cari feel dulu....


Sekian, sis yang menulis...

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments