4 DRAMA LEE JOON GI YANG WAJIB KORANG TENGOK

By UDA80 - April 15, 2021

 1. MOON LOVERS: SCARLET HEART RYEO (2016) 


Sinopsis : Sewaktu berlaku gerhana matahari, seorang perempuan berusia 25 tahun di abad ke-21, Go Ha-Jin (Lee Ji -Eun / IU) telah dibawa kembali ke zaman Dinasti Goryoe, sewaktu dia cuba untuk meyelamatkan seorang budak lelaki lemas di tasik tetapi malangnya dia yang lemas. 

Bila dah lemas tu, dia tersedar dan timbul dekat kolam air panas si putera-putera raya zaman Dinasti Goryoe pada tahun 941, kena pulak time tu si putera-putera raja tengah bermandian hahaha......dia tersedar pulak dalam tubuh orang lain dikenali sebagai Hae Soo. Hae Soo ini pula adik kepada isteri Putera Wang Wook (Kang Ha-Neul) iaitu putera ke-8. 

Pada mulanya Hae Soo jatuh cinta dengan Putera Wang Wook sebab Putera Wang Wook ni seorang yang lembut dan ramah lepas tu sentiasa lah ambil peduli kononnya adik iparkan. Bini pun boleh perasan. Nasib baik watak bini dimatikan sebab sakit. Maka bolehlah dia bercinta dengan adik ipar...tapi malangnya takde jodoh. 

Lepas tu, kononnya bermusuh dengan Putera Wang So (Lee Joon Gi), lama-lama boleh pulak dia jatuh cinta dengan putera sorang ni pulak. Putera Wang So ni pulak adalah Putera ke-4. Putera Wang So ni digambarkan seorang yang menakutkan dan sentiasa menyembunyikan wajahnya disebalik topeng. Dia juga sering dihina dan digelar sebagai 'Anjing Serigala'.  

Maka berlakulah kisah dalam cerita ni, dengan tidak semenanya Hae Soo dapati dirinya dengan tidak sengaja telah terlibat dalam politik istana dan persaingan perebutan diantara putera-putera raja. Masing-masing putera raja dok berebut tahkta...nak jadi raja belaka...akhirnya yang rapat jadi musuh.

Pelakon yang terlibat sama dalam drama ni antaranya Kim San-Ho (Putera Mahkota Wang Mu), Hong Jong- Hyun (Putera ke-3 Wang Yo), Yoon Sub-Woo (Putera ke-9 Wang Won), Byun Baek Hyun (Putera ke-10 Wang Eun), Nam Joo- Hyuk (Putera ke-13 Baek Ah), Ji Soo (Putera ke-14 Wang Jung)

**** Sis tertunggu-tunggu jugaklah ingatkan adalah musim ke -2 tapi sampai kesudah macam omong-omong kosong je..


2. LAWLESS LAWYER (2018)



Sinopsis : Sang-Pil (Lee Jong-Gi) meninggalkan latihannya yang lumayan di Seoul dan kembali ke Kisung, tempat kelahirannya untuk membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian ibunya ke muka pengadilan. Dia mengambik alih perniagaan AH LONG dan mengubahnya menjadi Firma Undang-Undang Tanpa Hukum (adeh!!! tak belajar undang-undang pun boleh jadi peguam eh!! - drama betul). 

Manakala Ha Jae-Yi (Seo Yea-Ji) pulak telah digantung dari latihan undang-undang setelah menyerang hakim, dibuang kerja dan pulang ke kampungnya di Kisung. Dia akhirnya bekerja dengan Sang-Pil, dan kemudian menjadi pasangannya ketika dilantik menjadi peguam semula. Setelah mengetahui kebenaran tentang Moon-Sook, dia mula bergabung dengan Sang-Pil dalam usaha mendapatkan keadilan atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap ibu mereka. Bersama-sama mereka menggunakan undang-undang untuk melawan Moon-Sook dan rakan-rakannya. Lama kelamaan mereka pun jatuh cinta.

Moon-Sook dengan Oh-Joo pulak mempunyai pengaruh dan kuasa melalui rasuah. Oh-Joo ni Datuk Bandar Kisung manakala Moon-Sook pulak adalah calon ketua Hakim Mahkamah Agung. Mereka dan rakan-rakan mereka menentang Firma Undang-Undang Tanpa Hukum di dalam dan di luar mahkamah dengan menggunakan taktik tersembungi, termasuk membunuh Dae-Wong (bapa saudara Sang-Pil) dan memerangkap Sang-Pil yang membunuhnya, menyuap dan mengancam saksi dan Jae-Yi. Walaupun mendapat pelbagai rintangan dalam perjuangan mereka, Sang-Pil dan Jae-Yi berjaya mengungkap kejahatan Moon-Sook di mahkamah dan berjaya mengadili kes mereka terhadapnya. Moon-Sook dan rakan-rakannya berakhir di penjara, sedangkan Oh-Joo membunuh diri. Jae-Yi dan Sang-Pil akhirnya kembali ke Seoul untuk membantu Pendakwa Cheon Seung-Beom melawan pegawai yang korup. 

****dalam drama ni lah sis mula suka dengan lakonan Seo Yea-Ji dan  Lee Joon-Gi, itu yang buat sis excited nak tengok drama Flower Of Evil tapi......


3. ARANG AND THE MAGISTRATE (2012)



Ini pulak cerita tentang Seorang bangsawan atau orang kaya lah bernama Kim Eun-Oh (Lee Joon-Gi) datang ke kota untuk mencari ibunya setelah mendengar khabar angin bahawa ibunya tinggal di kampung Miryang. Dia memiliki kemampuan mendengar, melihat dan menyentuh roh, tetapi dia berpura-pura tidak dapat melihat mereka ketika mereka menggangu dia untuk meminta dia menolong mereka.

A-Rang (Shin Min-Ah) kehilangan semua ingatannya ketika dia menjadi hantu dan tidak dapat berehat dengan tenang sehingga mengetahui bagaimana dia meninggal. Setelah mengadap tiga hakim, tidak ada yang selamat dari ketakutan melihatnya. Sebilangan pegawai tempatan , berputus asa dengan kenyataan bahawa tidak ada yang mahu mengambil kedudukan sejak sekian lama, memaksa Euh-Oh menjadi hakim baru. Apabila A-Rang mengetahui dilantik Eun-Oh sebagai hakim dan dapat melihatnya, dia meminta pertolongan dari Eun-Oh mencari kebenaranya kematiannya.

Pada mulanya Eun-Oh menolak permintaan A-Rang. Namun kemudianya, dia berubah fikiran setelah melihat A-Rang memiliki penyepit rambut yang diberi kepada ibunya pada pertemuan terakhir mereka. Dia percaya jika dia menolong A-rang mendapatkan kembali ingatanya mungkin maklumat mengenainya ibunya akan diketahui. Dia dengan jengkel (kemudian dengan penuh kasih sayang) memanggilnya "Amnesia". Sebagai hakim kota yang baru dilantik, dia bekerjasama dengan A-Rang untuk menyiasat tentang kematianya yang melibatkan orang kaya mesteri iaitu Joo-Wal. Sepanjang perjalanan, mereka perlu mengelak A-Rang ditangkap oleh Mu-Young. Eun-Oh juga mengungkap sejarah korupsi yang lama yang dilakukan oleh orang kaya tempatan dan memutuskan untuk menggunakan kedudukannya sebagai hakim untuk membawa keadilan dan kepatuhan.

Sementara itu, tindakan A-Rang dan Eun-Oh sentiasa dihalang oleh kaisar Jade dan Yeom-Ra yang mana mereka bimbang peristiwa di Miryang akan belaku lagi dan lebih mengerikan daripada peristiwa sebelum ini.

**** Next sis nak review cerita Shin Min-Ah yang sis dah tengok...memang tak pernah mengecewakan tengok drama dia terutama Oh My Venus....


4. FLOWER OF EVIL (2020)


Ini drama terbaru Lee Joon-Gi...

Cerita tentang Baek Hee-Sung (Lee Joon-Gi) seorang lelaki hidup dengan indentiti orang lain. Dia juga turut menyembunyikan indentiti dan kisah hidupnya yang lampau daripada isterinya Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) iaitu seorang detektif. Pada permulaanya mereka hidup sangat bahagia penuh kasih sayang dan memiliki seorang anak perempuan yang comel yang setiasa mengidolakan ibubapanya. Cha Ji-Won dan rakan-rakannya mula menyiasat tentang pembuhunan yang tidak dapat dihuraikan dan berhadapan dengan kenyataan bahawa suaminya yang sempurna itu mungkin terlibat dan telah menyembunyikan sesuatu daripadanya. 

*******drama yang excited sangat sis nak tengok sebab adanya Lee Joon-Gi tapi beberapa episod je sis tengok, entah kenapa takde feel pulak dah sis nak terus kan. Nampak gaya sis kena ambil masa dululah untuk teruskan menonton drama ini...

Selain daripada 4 yang disenaraikan di atas ada lagi drama-drama yang dia berlakon sebagai watak utama antaranya Criminal Minds (2017), Scholar Who Walks The Night (2015), Gunman in Joseon (2014), Two Weeks (2013), Hero (2009), II Ji-Mae: The Phantom Thief (2008), Time Between Dog and Wolf (2007) tapi sis belum tonton lagi....

Sekian...sis menulis.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments