RESEPI AGAR-AGAR LUMUT / AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

By UDA80 - Julai 08, 2020


Agar-agar pemanis mulut yang sangat digemari anak-anak...
Hikmah PKP....resepi ke-2 akak yang semakin menjadi...
Kalau sebelum ni kejadiannya tidak secantik ini....
Hasil daripada penggunaan bahan yang sama tapi cara yang berbeza...
Alhamdulillah 😊 ......


Resepinya akak rujuk kat SINI. Mudah dan senang nak faham...

BAHAN-BAHAN:

1 paket agar-agar tali (20gm atau 25gm)
5 cawan air
1 cawan gula pasir - ini akak kurangkan sedikit sebab akak tak suka manis sangat...akak hanya gunakan 1 1/2 senduk sahaja
1 cawan santan - ini akak guna santan kotak 200ml
Secubit garam
1 Cawan pati pandan - yang ini akak hanya ambil 2 helai daun pandan dan simpulkan sahaja.
Sedikit pewarna hijau
1 biji telur

CARA PENYEDIAAN:

1. Ambil loyang dan masukkan dalam peti ais bahagian beku selama 10 minit.
2. Satukan santan, garam dan telur dalam satu bekas, kacau perlahan-lahan sampai telur sebati dengan santan (jangan guna blender). Ketepikan.
3. Dalam bekas yang lain, campurkan agar-agar, daun pandan, air dan gula. Masak sehingga agar-agar dan gula larut. Lepas tu masukkan sedikit pawarna hijau. Biarkan sehingga mendidih.
4.  Bila agar2 dan gula dah larut, masukkan campuran santan  tadi. Kacau hingga betul-betul mendidih sekali lagi dan padamkan api.
5. Tuangkan aduan ke dalam bekas loyang, sejukkan ia dibawah kipas. Kalau korang nak cepat keras, boleh masukkan ke dalam peti ais tapi pastikan dulu agar-agar dah tak panas. Letak dibahagian bawah peti ais...biarkan seketika sehingga keras.


6. Bila dah keras, keluarkan dari peti ais lepas tu potong kecil-kecil....siap untuk dihidang.


Setiap kali akak buat agar-agar ni tak sampai setengah jam dah habis...
Anak-anak memang suka..
Suka sangat-sangat.


Yang Menulis,

Fizah Mohd

  • Share:

You Might Also Like

0 comments