MENGINAP DI THE PLATINUM HOTEL & SUITES, MELAKA

By UDA80 - Julai 15, 2020


Assalamualaikum.....

Akak nak cerita sikit pasal pengalaman akak menginap di The Platinum Hotel & Suites di Melaka.
Akak menginap di sini tahun lepas Dec 2019..
Percutian kami yang tidak dirancang...
Tujuan kami ke Melaka hanyalah untuk memenuhi jemputan kenduri teman sepejabat suami di Melaka.
Dah alang-alang ke Melaka...apa salahnya ambil peluang sambil bercuti...
Kami booking hotel ni pun last minit...melalui Agoda.com
Alhamdulillah...berbaloi-baloi...


Bilik kat hotel ni akak nak bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 sangat luas, selesa sangat-sangat.
Bilik dia lebih kepada posisi memanjang...


Anak dara yang terlebih excited...
Kemas kasut...selipar..

bergambar sebelum Check-out

Ruang...akak letak tilam tambahan (akak bw toto sendiri)
Anak ramai...semua nak tidur atas katil mana muat.

Ruang Menonton

Wardrobe...

Penunjuk arah kiblat

Bilik Air...

 
Swimming pool ada 2...

bahagian dalam 


Bahagian Luar

Anak-anaklah orang yang paling gembira bila menginap di hotel...
Akak pun tak tahu apa yang buat diorang gembira...
Antara hotel dengan rumah...
Bagi akak...
Rumahlah tempat yang paling selesa...
Semua ada walaupun rumah tidaklah besar mana...
Alhamdulillah masih ada kesempurnaan...
Tidaklah kaya tidaklah miskin tetapi bolehlah.....
 untuk beri mereka kesenangan..
untuk beri mereka kegembiraan..
untuk beri mereka kebahagiaan...
Alhamdulillah....

Cuma sedikit kecewa sewaktu hendak membuat PENDAFTARAN CHECK-IN...
Yang terpaksa mengambil masa TERRRRLALU LAMA...
Sampaikan ruang daftar tu dah sesak dengan tetamu...
Kena pulak berbaris panjang...
Dahle 2 kaunter je yang buka...
1 lagi kaunter ada masalah sistem...
Waktu daftar pulak kena tepat waktunya...
Tidak boleh diawalkan...
Bagi akak apa salahnya daftar dahulu dan bagi kunci kemudian...
Semoga ada perubahan daripada pihak hotel untuk memperbaikinya..

BREAKFAST akak tak boleh nak bagi bintang sebab akak menginap di mana-mana hotel jarang nak ambil breakfast.
Tak berbaloi untuk anak yang ramai...
Selalunya pakej bilik hotel hanya menyediakan breakfast untuk 2 orang sahaja..

PARKING...terletak dibahagian basement...
Ada banyak ruang parking....jangan risau.

Akak kongsi sedikit INFO hotel ni...

Hotel ni terletak di Jalan Baiduri 1, Taman Pulau Melaka, 75000, Malacca
Hotel ni berdekatan dengan Masjid Selat Melaka...
Tak jauh mana..jalan kaki pun boleh kalau taknak driver...
Cuma nak bagitau masa akak menginap di sini kawasan persekitaran hotel ni masih dalam pembinaan...
Ada bangunan yang masih dalam pembinaan...

Oklah setakat ini jelah akak membebel...
Next akak review hotel lain pulak 👌..

Terima kasih...sudi membaca coretan akak...

Akak Yang Menulis,

Fizah Mohd 



  • Share:

You Might Also Like

0 comments